• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Mama Ayu

  • Kenali Mamaayu
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Ayu
You are here: Home / umum / CARA MENGATASI ANAK TANTRUM

CARA MENGATASI ANAK TANTRUM

20 March 2019 by ayu 4 Comments

anak tantrum

Tantrum adalah salah satu cara anak berkomunikasi dengan mengamuk atau merajuk untuk meminta sesuatu. Ramai ibubapa mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak. Bukan mudah untuk atasi anak yang tantrum ini.

Bagaimana nak atasi anak tantrum ini? Jangan ibu bapa pula yang jadi tantrum disebabkan anak pula ya hehe. Jom tengok apa yang boleh kita lakukan apabila berdepan dengan anak yang tantrum.

1. Ibu bapa bertenang

Yang ini sangat penting ya. Sebelum memujuk anak yang sedang tantrum ibu bapa yang perlu bertenang dahulu. Tarik nafas dalam-dalam dan minum air dahulu supaya kita boleh bertindak secara rasional.

2. Cari sebab kenapa anak tantrum

Selepas ibu bapa dan boleh bertenang dan kawal emosi, cari sebab apa punca anak tantrum. Kemungkinan mereka lapar, mengantuk, letih atau inginkan sesuatu. Bila dah dapat punca baru senang kita nak psycho kan

3. Pujuk dengan penuh kasih sayang

Peluk dan pujuk dengan penuh kasih sayang. Jangan marah ya kerana ia hanya memberi impak negatif kepada anak-anak. Kesabaran memang sangat tinggi diperlukan tapi bukan bermaksud beri sahaja apa yang anak minta.

4. Reward

Bagitau kepada anak jika berkelakuan baik, dia akan dapat reward mungkin dapat mainan atau keluar berjalan-jalan. Tapi kalau sebaliknya mungkin mainan ditarik balik, tak boleh tengok televisyen atau apa saja aktiviti yang anak suka lakukan.

5. Pergi ke tempat lain

Kalau anak tantrum di kedai mainan, terus bawak ke tempat lain. Ini untuk alihkan perhatian anak supaya boleh lupa apa yang die mahukan tadi. Sambil tunjukkan sesuatu yang lagi menarik konon nya.

6. Jangan menyerah atau ikut sahaja

Ha yang ini pun bahaya. Kadang-kadang kita nak anak berhenti tantrum, kita pun ikut sahaja kehendak anak. Bila anak sudah tau, mama papa ini mesti ikut kalau aku nangis kuat-kuat contohnya. Jadi apa sahaja yang kita buat tak menjadi kerana anak sudah set aku nangis mesti dapat.

7. Biarkan sahaja

Kalau tantrum tak terkawal, biarkan sahaja. Terus beredar dari tempat kejadian dan bawa anak duduk dalam kereta sehingga anak boleh bertenang dan kita boleh kawal keadaan semula.

Kesimpulan tantrum ini memang sangat menguji kesabaran. Anggaplah ia adalah ujian dan dugaan kita sebagai ibu bapa. Anak amanah Allah, kita buat yang terbaik untuk mendidik mereka selebihnya berdoa kepada Allah.

Artikel menarik untuk anda:

Tiada artikel berkaitan.

Filed Under: umum Tagged With: anak nangis, emosi anak, emosi ibubapa, tantrum

Previous Post: « TIPS CEGAH JERAWAT
Next Post: HOMESTAY BUDGET »

Reader Interactions

Comments

  1. Alpetito

    21 March 2019 at 10:53 am

    itulah…klu anak aku mengamuk..aku biarkan je…nanti dia cool sendiri….lepas tu baru pujuk…so far menjadi
    Alpetito recently posted…Silap Besar Kau Pecat Aku – Kisah Joe Girard.My Profile

    Reply
    • ayu

      24 March 2019 at 10:50 pm

      Betul tu tuan setuju

      Reply
  2. Paksu

    21 March 2019 at 12:02 pm

    Kalau anak normal biasanya tantrum kerna letih atau nak kan sesuatu. Yang lagi mencabar bila anak istimewa naik tantrum. Sangat mencabar kerana kita tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu…jawapannya ko kena extra tabah…semua ada hikmah untuk kita yang tak tantrum,sekian. hehehe

    Reply
    • ayu

      24 March 2019 at 10:50 pm

      betul kita terima sebagai dugaan kita as ibu bapa kan tuan..Apapun tahniah!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • JOM CANTIK DENGAN LIDAH BUAYA
  • MAKAN DI K FRY KLCC
  • ADIK KU PESAKIT CANCER
  • CARA BEZAKAN BENDI
  • AIR 7 UP HILANGKAN MUNTAH

Recent Comments

  • Alpetito on AIR 7 UP HILANGKAN MUNTAH
  • ayu on CARA MENGATASI ANAK TANTRUM
  • ayu on CARA MENGATASI ANAK TANTRUM
  • Paksu on AIR 7 UP HILANGKAN MUNTAH
  • Paksu on CARA MENGATASI ANAK TANTRUM

Archives

  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Petua Kecantikan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 Mama Ayu on the Foodie Pro Theme